Sunday, February 7, 2010

SELAMAT BERHIJRAH KE RUMAH BARU

Program Ziarah Muslimat pada kali ini ialah ke rumah cikgu Aziah di mana beliau sekeluarga mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yaasin & doa selamat sempena berpindah ke rumah baru. Seramai lebih kurang 80 orang Muslimin & Muslimat hadir bersama anak2 untuk sama-sama memohon kepada Allah agar diberi keberkatan kediaman yang akan diduduki oleh cikgu Aziah sekeluarga. Semuga En. Yazid, Cikgu Aziah, Lokman Hakim, Lokman Azim & Aireen sentiasa disinari cahaya kebahagiaan & mendapat keberkatan Allah s.w.t.

tuan tanah - cikgu aziah



fizah, hjh sapura, hjh raini & datin syida


hjh zaidah, hajjah zawiyah, syima fadil, zalifah, dr. syima & caca.



seriusnya perbincangan.. hmmm.. boleh extend lagi ni..

ADIK-ADIK REMAJA.. JOM KE SURAU!!

Alhamdulillah, hari ini 7hb Februari 2010 Biro Muslimat telah berjaya mengadakan Kelas Remaja pertama bagi tahun 2010 ini. Ustazah Yusna merupakan guru yang membimbing para remaja pada kali ini dengan membawa perbincangan mengenai ilmu tauhid. Bagi kelas pertama ini beliau membuat sedikit ulangkaji tentang Rukun Islam & Rukun Iman.




Kami sentiasa mengalu-alukan penyertaan semua remaja yang tinggal di Bandar Bukit Puchong untuk mengikuti Kelas Remaja ini. Penyertaan adalah percuma & kelas ini diadakan setiap hari Ahad jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi.

KELAS FADHU AIN

Kelas Fardhu Ain Muslimat kini telah bermula. Kelas pertama telah bermula pada 30 Januari 2010 yang lalu & kelas kedua pula pada 6 Februari 2010. Kelas ini diadakan 2 kali sebulan pada hari sabtu pertama & keempat dan di sampaikan oleh Ustazah Kalsom iaitu bekas pakar rujuk Tabung Haji.


Majlis ilmu dimulakan dengan bacaan doa



Tekun mempelajari bab Haji dan Umrah



Guru yang hormati lagi disayangi.. Ustazah Kalsom


Selepas kelas muslimat tekun pula menjamah juadah